ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

Selasa, 29 Disember 2015

LPT2 Berhantu? Apa Kata Penduduk Setempat!

Seri Lanang b. Atam, Penduduk Tempatan yang ditemui di R n R Perasing.
Sebagai seorang yang pernah bekerja menyiapkan LPT2, Abg Seri Lanang, mempunyai pengalaman dan pendapat tersendiri untuk menafikan adanya unsur makhluk halus atau mistik.

TIADA PERBINCANGAN MENAIKKAN TOL TAHUN DEPAN

Sumber Kementerian Kerja Raya Malaysia: TIADA PERBINCANGAN ATAU KEPUTUSAN MENAIKKAN TOL UNTUK LEBUHRAYA TAHUN DEPAN.

Hentikan spekulasi dan elakkan membuat posting yang mengundang rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.

Isnin, 7 Disember 2015

Motosikal Tidak Dikenakan Tol


Motosikal tidak dikenakan tol kecuali di Link Kedua dan Jambatan Pulau Pinang.

PENGGUNAAN KAD TOL TOUCH N GO, LEBIH MUDAH, CEPAT DAN JIMAT.

Plaza tol di lebuh raya bertol Malaysia telah melaksanakan kutipan tol secara elektronik sepenuhnya.
Sejak tahun 2008 hingga 2015 sebanyak 21 plaza tol di lebuh raya bertol Malaysia telah melaksanakan kutipan tol secara elektronik sepenuhnya (100% ETC).

Rabu, 2 Disember 2015

KENYATAAN MEDIA SPEKULASI MEDIA BERKENAAN KENAIKAN TARIFF PLUS



Kami mengambil berat pada spekulasi baru-baru ini yang menyatakan bahawa akan berlaku kenaikan tol yang akan berlaku tahun depan pada lebuhraya yang dimiliki oleh PLUS Highway Berhad (PLUS).