ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

Jumaat, 13 November 2015

ANIH Letak Penghadang Konkrit Di Lebuhraya

Datuk Ir Ismail Md Salleh, berkata kerja meletakkan penghadang itu akan dimulakan petang ini dan dijangka siap hari ini juga.
BENTONG: ANIH Bhd akan meletakkan penghadang konkrit sepanjang 300 meter sebagai langkah keselamatan susulan banjir lumpur yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Rabu lalu. 

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Ismail Md Salleh, berkata kerja meletakkan penghadang itu akan dimulakan petang ini dan dijangka siap hari ini juga. 

"Konkrit ini diletakkan bagi menghalang serpihan batu dan kayu balak daripada memasuki kawasan lebuh raya sekiranya berlaku runtuhan kali kedua disebabkan hujan lebat. 

"Kita akan melakukan yang terbaik bagi memastikan lebuh raya ini selamat digunakan selain menjamin keselamatan pengguna yang melaluinya," katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan ke lokasi kejadian di sini, sebentar tadi. - Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan