ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

Sabtu, 4 Julai 2015

TOL! TOL! Menteri Cakap Lain, Tajuk Keluar Lain...Orang Yang Baca Lagi Lain!

Tajuk versi online!

Tajuk mesti sensasi!. Namun perlulah memikirkan etika pemberitaan yang besar kemungkinan boleh memesongkan pembaca kerana TAJUK MENCERITAKAN KANDUNGAN SEBENAR.

Itu yang pelik dengan cerita Kenaikan Tol ini apabila Sinar Harian di dua versinya (bercetak dan online), membawa tajuk yang berbeza. Versi online: 'TANGGUH NAIK TOL, KERAJAAN KENA BAYAR RM1.08b', manakala versi bercetak pula, 'TOL TERPAKSA NAIK'.

Tajuk versi cetak...mcam kabinet dah putuskan!

Fuhhh! Dua tajuk yang berbeza dengan implikasi negatif yang besar (damaging).

Yang sama hanyalah persepsi yang jauh berbeza dari situasi sebenar iaitu seolah-olah keputusan telah dibuat oleh Kabinet untuk naikkan tol. Sedangkan situasi sebenar, seperti dimaklumkan YB Menteri, DS Fadillah Yusof, Kabinet belum membuat sebarang keputusan dan akan dibincangkan.

Sebagai seorang yang lama dalam Perkhidmatan Awam, saya khuatir kerana di penghujung perkhidmatan saya, persepsi terhadap dasar kerajaan semakin dipersendakan dan dimanipulasikan untuk kepentingan peribadi. Umum mungkin lupa bahawa sebahagian yang kita lalui sekarang adalah hasil dari dasar kepimpinan terdahulu yang termeterai dalam bentuk perjanjian. Perjanjian di antara Penyedia Perkhidmatan (Pemegang Konsesi) dan Kerajaan Malaysia.

Berbalik kepada kenyataan YB Menteri, apa yang dimaksudkan beliau adalah, jika kita sekali lagi menolak kenaikan tol, Kerajaan terpaksa keluarkan bajet tambahan sebanyak RM580 juta untuk tahun ini sahaja. Mohon diingatkan bahawa tahun lepas, untuk isu yang sama, Jawatankuasa Kabinet Menangani Isu Sara Kos Hidup yang dipengerusikan oleh YAB TS Muhyiddin Yassin terpaksa mendapatkan bajet RM400 juta sebagai pampasan (gantian) kepada kenaikan kadar tol.

Mungkin ada yang belum kenal DS Fadillah. Bagi saya yang pernah ditugaskan di Sarawak dan melalui rakan-rakan yang masih bertugas di sana, amat memahami cara kerja DS Fadillah. 

Dato Sri Fadillah Yusof seorang yang amat sederhana dan pentingkan kebajikan rakyat.
Beliau seorang yang amat detail dalam soal perbelanjaan kerana amalan hidup sederhana yang diamalkannya selama ini. Bagi DS Fadillah RM580 juta amat besar. Apalagi bagi beliau seorang Menteri dari Sarawak. semestinya beliau juga terfikir jika nilai RM580 juta itu disalurkan ke negeri yang memerlukan, '...boleh dibina jalanraya, hospital dan sekolah' - petikan kenyataan beliau (baca sini: 

Apa yang DS Fadillah minta kita fikirkan adalah, kenapa mesti peruntukan khas RM580 juta dikeluarkan jika ianya hanya memberi manfaat kepada minoriti rakyat. Fakta penggunaan dan pembinaan tol, hampir 90% dibina di Lembah Klang.

Rakyat Sabah, Sarawak, Kelantan dan Perlis tidak menggunakan jalan ini dalam aktiviti harian.


KENAPA TIDAK UBAH PERJANJIAN?

Ramai yang terfikir dan tertanya soalan ini.

Kerajaan dah berbincang tetapi ianya bersabit soal JANJI (Agreement) dan kredibiliti negara. Apa lagi ianya melibatkan pelabur dari luar negara.

Soal perjanjian ini, ianya berbalik kepada Pimpinan terdahulu (Menteri Kewangan) iaitu Tun Daim, Anwar Ibrahim, Tun Mahathir dan Tun Abdullah (2 Perdana Menteri). Merekalah yang menandatangani perjanjian dengan Syarikat Konsesi. Bukan nak salahkan sesiapa tetapi inilah hakikatnya. Dan sebagai Kerajaan yang ada kredibiliti, butiran perjanjian kita pegang iaitu, Syarikat Konsesi punyai hak untuk naikkan harga setiap 3, 5 dan 7 tahun (lojik ekonomi kerana kos sara hidup dan barangan mentah yang meningkat).

Kerajaan dah tahan kenaikan sejak 2008 lagi dan sejak itu, telah banyak dibelanjakan bagi membayar pampasan sesuai perjanjian.

Jawapannya Perjanjian tidak boleh dipinda tetapi ditambahbaik pada masa akan datang. Untuk itu, DS Fadillah telah mengubah banyak perkara dalam perjanjian untuk Syarikat Konsesi yang baharu agar lebih memihak kepada rakyat.


LEBUHRAYA TOL DIBINA SEBAGAI ALTERNATIF

Ini hakikat! Lebuhraya adalah alternatif kepada kita yang nak cepat dan tidak kisah berbayar sedikit tetapi dapat masa yang lebih untuk selesaikan kerja lain. Saya sendiri, kalau nak balik Perlis, kadang-kadang ikut jalan lama kerana nak jimat tol tapi kenalah habiskan masa perjalanan yang panjang.

Tanya pengguna yang sekarang selesa dengan DUKE dan AKLEH. Mereka jimatkan hampir 1jam 30 min perjalanan pada waktu puncak. Itu realiti.

Jadi sebagai manusia biasa, fikirkanlah lojik. Mana ada Pemimpin yang nak susahkan rakyat. Lebih senang rakyat, lebih mudahlah kerja seorang Pemimpin.


Sekian pandangan saya.
Bakal Pesara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan