Datuk Ir. Zainuddin Kadir, Presiden Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) |
PETALING JAYA: Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM)
menjelaskan kenaikan tol yang diumumkan minggu lalu tidak membebankan
rakyat.
Presidennya, Datuk Ir. Zainuddin Kadir berkata, ia dibuat selepas kajian dilakukan.
Katanya, kenaikan itu juga memastikan syarikat konsesi dapat
mempertingkatkan penyediaan kemudahan dan keselesaaan kepada pengguna
lebuh raya.
“Kenaikan tol menerusi hasil kajian merupakan sesuatu tindakan
terkini yang dipratikkan.Kami juga akan sentiasa bekerjasama dengan
kerajaan dalam usaha menambahbaik usaha ini,” katanya, lapor Berita
Harian.
Kenaikan tol yang sebahagian besarnya melibatkan lebuh raya antara
bandar di Lembah Klang dan Johor telah berkuatkuasa Khamis lalu.
Akhbar itu juga melaporkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah
Yusof berkata, pernjanjian konsesi ditambah baik untuk memastikan
kerajaan tidak berada di pihak yang rugi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan