Langkah melaksanakan inisiatif kutipan tol secara 100 peratus ini adalah bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik. |
KUALA LUMPUR - 12 lagi plaza tol di Lebuhraya Utara-Selatan, Akleh,
Duke, LPT1, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan
Terowong Smart akan mula beroperasi secara 100 peratus elektronik mulai
9 September yang akan datang.
Menurut Yang Dipertua Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia
(PSKLM), Datuk Ir. Zainudin A Kadir, plaza-plaza tol yang terbabit
adalah Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Plaza Tol Jitra (di Lebuhraya
Utara-Selatan), Plaza Tol Dato’ Keramat (di Akleh), Plaza Tol Ayer
Panas, Plaza Tol Batu dan Plaza Tol Sentul Pasar (di Lebuhraya Duke),
Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong (di LPT1), Plaza Tol Jambatan
Pulau Pinang, Plaza Tol Lunas dan Plaza Tol Kubang Semang (di Lebuhraya
BKE) dan Plaza Tol Terowong Smart.
Katanya, langkah melaksanakan inisiatif kutipan tol secara 100 peratus
ini adalah bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik dan
meningkatkan keselesaan di plaza-plaza tol terbabit.
“Sehubungan itu, semua transaksi tol di kesemua plaza tol terbabit
dikendalikan secara elektronik menggunakan kad Touch ‘n Go atau SmartTAG
sahaja. Bagi penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang pula, mereka
juga perlu guna kad Touch ‘n Go untuk buat bayaran tol apabila
inisiatif ini dilaksanakan,” katanya.
Katanya, pada ketika ini, semua syarikat konsesi merangka pelbagai
insentif bagi menggalakkan orang ramai mendapatkan kad elektronik
seperti promosi kad Touch ‘n Go dan SmartTAG dengan harga istimewa,
pemberian rebat tol dan lain-lain lagi.
“40 hingga 70 peratus pengguna bayar tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam,
Jitra, Jambatan Pulau Pinang, Kubang Semang dan Lunas guna sistem
elektronik. 61 peratus di Plaza Tol Dato’ Keramat (AKLEH), 70 peratus di
Plaza Tol Ayer Panas, Batu dan Sentul Pasar (DUKE), 55 peratus di Plaza
Tol Gombak dan Bentong (LPT1) dan 78 peratus di Plaza Tol Terowong
SMART,” tambah Zainudin. - SINAR HARIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan