Saya tertarik selepas terbaca di BH Online berkaitan sykt konsesi
yang terus memohon agar Kerajaan mempertimbangkan kenaikan kadar tol
pada tahun ini.
Sebelum ini, YB Menteri Kerja Raya, DS
Fadillah Yusof telah membuat kenyataan yang Kabinet masih belum
memutuskan kadar tol mahupun kenaikan seperti yang diuar-uarkan.
Untuk
makluman semua, sebagai anak kepada bekas Penjawat Awam yang pernah
bekerja di Kementerian Kewangan, saya merasa kasihan kepada mereka yang
diberikan amanah untuk menguruskan Kementerian Kerja Raya.
Setahu
saya (spt diceritakan oleh Bapa saya), Perjanjian Konsesi Lebuhraya dan
Tol adalah antara Kementerian Kewangan MoF dan Sykt Konsesi. Ianya
ditandatangani oleh Menteri Kewangan pada masa perjanjian dibuat.
Namun KKR diberikan hak memantau selia kerana Lebaga Lebuhraya Malaysia adalah Agensi di bawah Kementerian itu.
PERJANJIAN GENERASI PERTAMA
Perjanjian ini ditandatangani Tun Daim dan Tun M sebagai Perdana Menteri. Di dalam perjanjian yang dilegasikan, sykt konsesi berhak untuk mengkaji kenaikan setiap 3 tahun (kalau tak silap).
Dan
jika tidak dinaikkan, maka Kerajaan terpaksa membayar 'shortfalls'
tersebut dalam bentuk tunai. Ini kerana sykt konsesi tidak mahu tambahan
masa kerana mereka memerlukan tunai tersebut utk membayar faedah ke
atas pinjaman yang dibuat hasil usahasama dgn sykt pelabur luar.
Begitulah
terjadi kepada PERJANJIAN GENERASI KEDUA DAN YANG TERKINI. Cuma
bezanya, yang terkini, perjanjian boleh ditamatkan walaupun tempoh
perjanjian belum dicapai sekiranya sykt terlebih dahulu mendapat
keuntungan seperti yang dijangkakan.
SYARIKAT KONSESI MAHUKAN KENAIKAN AGAR KHIDMAT DAN KEADILAN DIPENUHI
Sykt
konsesi mempunyai justifikasi mereka sendiri. Kenaikan yang sememangnya
sudah masanya amat perlu bagi mengkaji kos barang mentah, kontrak2
seliasenggara dan kos upah yang meningkat demi memastikan karyawan
mereka juga mendapat HAK yang sama seperti pekerja ditempat lain.
Lebih
malang lagi, pekerja lebuhraya perlu bekerja ketika Cuti Raya sepanjang
tahun.Saya berharap kita lebih rasional utk tidak menyalahkan Kerajaan
kerana kerajaan perlu menjaga hubungan dgn pelabur yang bermurah hati
melabur dan membangunkan lebuhraya di negara kita.
Saya
sendiri amat bersyukur, dgn adanya Lebuhraya PLUS, saya hanya perlukan
lebih kurang 3 jam utk ke KL dan mampu utk pulang pada hari yang sama.
Ini sangat ekonomi kerana saya tidak perlu keluarkan wang utk penginapan
dan masa saya bersama suami dan anak2 lebih berharga dari semuanya.
Sempena
ramadhan kareem ini, yakinlah, apa jua yang akan berlaku adalah sesuatu
yang sememangnya sudah waktunya dan jika boleh dielak, pastinya akan
dielakkan kerana, mana Kerajaan yang tidak mahu bertindak populis utk
mendapat sokongan.
Sebaliknya, kerajaan mana sekalipun
yang memerintah, kenaikan pasti berlaku, lihat saja di penang, kenaikan
tarif air yang paling tinggi dan paling cepat berlaku. Begitu jg di
Selangor dengan kenaikan sewa gerai pengusaha kecil dan kenaikan lesen
perniagaan yang hampir 200%.
2013 tak naik, 2014 tak naik
dan kerajaan berbelanja lebih RM400 juta utk membayar semua sykt konsesi
agar harga tol dikenakan pada kadar yang sama dan jika ini mahu
dipertahankan, kerajaan pasti perlu berbelanja lebih.
Membayar
hampir RM600 juta kepada konsesi hanya untuk dinikmati oleh majoriti
pengguna di lemabh kelang. Kebanyakan tol dibina di lemabh kelang yang
sememangnya sudah sesak tepu.
Mereka2 inilah (yang tinggal
di lemabh kelang) yang akan mendesak agar tidak dinaikkan agar wang
pembayar cukai lain digunakan utk pastikan kadar tol yang rendah.
Alangkah bagusnya jika RM 600 juta itu disalurkan kepada jalan-jalan negeri yang perlu dinaitaraf...fikrikanlah.
Tiada
Kerajaan yang mahu dicaci dan tidak ada gunakan menjadi popular kerana
perkara yang merugikan kita semua utk jangkapanjang.
Sekian.
Irma Emilia Abd Rahman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan