ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

Khamis, 29 Oktober 2015

Hanya 30 Peratus Pemandu Di LPT2 Patuhi Had Laju

Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, hasil kajian bagi tempoh sehari di lebuh raya berkenaan turut mendapati kira-kira 20 peratus pemandu memecut antara 110km/j hingga 130km/j manakala 50 peratus memandu laju dengan purata melebihi 140 km/j.
KEMAMAN – Hanya 30 peratus pemandu yang menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) mematuhi peraturan had laju maksimum iaitu di bawah 110 kilo­meter sejam (km/j) menerusi kajian dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) baru-baru ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, hasil kajian bagi tempoh sehari di lebuh raya berkenaan turut mendapati kira-kira 20 peratus pemandu memecut antara 110km/j hingga 130km/j manakala 50 peratus memandu laju dengan purata melebihi 140 km/j.

Beliau berkata, had kelajuan pemanduan maksimum yang direkodkan JKR semasa kajiannya di LPT2 sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor, di sini ke Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu itu adalah 177km/j.

“Kebanyakan kemalangan di LPT2 berpunca daripada faktor manusia antaranya dengan memandu laju. Kita akan berusaha memberi kesedaran kepada pemandu supaya mematuhi had laju ditetapkan se­perti memasang lebih banyak papan tanda amaran di sepanjang lebuh raya ini bagi mengurangkan kemalangan maut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau jajaran LPT2 termasuk di sekitar Kilometer 258.9 iaitu lokasi nahas yang meragut enam nyawa pada 14 Oktober lalu. - Bernama

1 ulasan: