Sentiasa patuhi undang-undang untuk keselamatan anda serta keluarga. |
1) RANCANGLAH PERJALANAN ANDA
Pastikan kereta anda dibuat
pemeriksaan di pusat servis yang bertauliah. Elakkan membuat perjalanan
pada saat-saat akhir. Jika anda berasa mengantuk, tangguhkan perjalanan.
2) PATUHI JADUAL CADANGAN WAKTU PERJALANAN (TTA)
Pengguna lebuh raya diingatkan supaya mematuhi TTA LPT yang dikeluarkan bagi melancarkan perjalanan. Khususnya ketika waktu puncak.
3) SENTIASA IKUT HAD LAJU YANG DITENTUKAN
Had laju maksimum di lebuh raya ialah 110km sejam bagi LPT1 dan 90km sejam bagi Lebuhraya KLK. Kurangkan kelajuan jika diwaktu hujan. Hal ini disebabkan oleh faktor keadaan jalan raya yg licin.
4) BERI ISYARAT & PATUHI PERATURAN KESELAMATAN SEMASA MENUKAR LORONG
Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang. Berikan isyarat
memotong (signal). Jika keadaan betul2 selamat, lakukan penukaran
lorong.
5) ELAKKAN DARIPADA MENGEKORI KENDERAAN LAIN TERLALU RAPAT
Mengekori
kenderaan lain terlalu rapat pada sepanjang masa menyumbang kepada
kemalangan serius. Jagalah jarak anda dengan kenderaan di hadapan.
Elakkan dari mengekori terlalu rapat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan