![]() |
| Mangsa berusia 30-an menaiki kereta itu bersama empat rakannya apabila kenderaan jenis Proton Iswara berkenaan hilang kawalan sehingga terbabas dan melanggar tembok di bahagian kiri. |
BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut selepas tercampak dari Jambatan Pulau Pinang setelah kereta yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 0.6 jambatan berkenaan menghala ke Perai, di sini, awal pagi ini.
