ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

Ahad, 8 November 2015

Jurutera Maut Kereta Terbabas

Kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di tengah lebuh raya.
Chukai: Jurutera syarikat swasta maut apabila kereta dipandunya terbabas di Kilometer 252.1 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) berhampiran Hentian Rehat Dan Rawat (R&R) Perasing, Jabor, malam tadi.

Dalam kejadian 10.45 malam, Muhammad Faizol Mohammad, 26, yang bekerja di syarikat Ethylene Kerteh dikatakan dalam perjalanan dari Seremban, Negeri Sembilan ke kediamannya di Kemasek, di sini.

Kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di tengah lebuh raya sebelum merempuh tembok konkrit jambatan Sungai Perasing.

Rempuhan kuat terbabit menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Mohd Said Ibrahim mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Harian Metro

1 ulasan: