ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

Sabtu, 31 Oktober 2015

LPT2: 102 Saman Tempoh 2 Jam

Operasi yang bermula seawal pukul 9 pagi itu turut disertai tujuh pegawai dan 22 anggota trafik Bukit Aman.
KEMAMAN 31 Okt. – Sebanyak 102 saman dengan kebanyakan melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju dikeluarkan kepada pengguna Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang dua jam operasi dijalankan oleh pasukan polis trafik Bukit Aman di Kilome­ter 255.2 dekat Perasing di sini hari ini.

Jumaat, 30 Oktober 2015

Maut Terbabas Di LPT2

Yusran Mohamad dari Pekan Pasir Akar, Jerteh, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada.
Chukai: Lelaki maut, manakala rakan wanitanya parah apabila motosikal Yamaha 125Z ditunggang mereka terbabas menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke bahagian pembahagi jalan dalam kejadian di KM 271.7 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dekat Cheneh, pagi tadi.

Khamis, 29 Oktober 2015

Hanya 30 Peratus Pemandu Di LPT2 Patuhi Had Laju

Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, hasil kajian bagi tempoh sehari di lebuh raya berkenaan turut mendapati kira-kira 20 peratus pemandu memecut antara 110km/j hingga 130km/j manakala 50 peratus memandu laju dengan purata melebihi 140 km/j.
KEMAMAN – Hanya 30 peratus pemandu yang menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) mematuhi peraturan had laju maksimum iaitu di bawah 110 kilo­meter sejam (km/j) menerusi kajian dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) baru-baru ini.

LPT2 Selamat, 'Tidak Berhantu' - MIROS

Pada 14 Okt lalu, enam sekeluarga maut selepas kenderaan yang mereka naiki terperosok di bawah sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di Km258.8.
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) tidak mempunyai sebarang masalah dan selamat walaupun dianggap 'berhantu' berikutan beberapa siri kemalangan maut yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Selasa, 27 Oktober 2015

Lagi kemalangan ngeri di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)

MPV itu hilang kawalan dan terbabas, ketika terbabas MPV itu dipercayai dua kali langgar pengadang besi kiri lebuh raya sebelum melanggar pula pembahagi tengah lebuh raya dengan tiga daripada mangsa tercampak keluar ke atas jalan.
Lagi kemalangan ngeri di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT II) | Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT II) bagaikan jalan maut bagi pengguna apabila satu demi satu kemalangan yang meragut nyawa berlaku.