Lagi kemalangan ngeri di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT II)
| Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT II) bagaikan jalan maut bagi
pengguna apabila satu demi satu kemalangan yang meragut nyawa berlaku.
Ini berikutan tidak sampai seminggu nahas ngeri babitkan empat
sekeluarga rentung manakala seorang lagi meninggal di hospital dalam
kejadian di LPT II Ajil-Bukit Besi, satu kemalangan ngeri berlaku lagi
semalam. Kali ini berlaku di Kilometer 277.7 LPT II di Cheneh
mengakibatkan dua maut dan tiga cedera.
Dalam kemalangan tragis lebih kurang jam 1.45 petang itu, kepala
seorang daripada mangsa pecah menyebabkan cebisan otaknya bertaburan di
atas jalan dan rumput di pembahagi lebuh raya. Menurut seorang pekerja
peronda LPT II, Mohd Jefry Banu, walaupun dia sudah banyak kali membantu
mangsa kemalangan ngeri di lebuh raya itu namun kali ini, hatinya
benar-benar tersentuh. “Biarpun saya sudah biasa bantu mangsa kemalangan
ngeri, tapi kali ini buatkan saya rasa cukup sayu.
“Rasa sebak ketika kutip cebisan tempurung dan otak mangsa yang
bertaburan atas jalan itu tak mampu diluahkan dengan kata-kata,”
katanya. Kejadian itu berlaku ketika lima mangsa yang menaiki sebuah
kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria dalam perjalanan menghala ke
Kuala Terengganu. Difahamkan kesemua mereka dari Shah Alam dan sedang
menuju ke Kuala Terengganu untuk bercuti.
Bagaimanapun, ketika tiba di
lokasi kejadian tayar belakang kenderaan yang dinaiki itu pecah
mengakibatkan kenderaan itu terbabas dan berpusing sebelum tiga daripada
mangsa tercampak keluar.
Akibatnya, Syaiful Nahar Mokhtar, 40, dan sahabatnya, Khairuddin
Yunus, 41, meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian setelah
mengalami kecederaan parah. Manakala seorang lagi yang tercampak,
Shahrul Niza Mohamad, 29, turut cedera teruk di kepala sementara dua
lagi rakan mereka, Rozaidi Ismail, 41, dan Salsuriya Selamat, 41, hanya
cedera ringan. Mohd Jefry berkata, ketika tiba di lokasi kejadian dia
melihat cebisan mayat mangsa tidak jauh dari dua mayat yang terbaring
kaku.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi
Superintendan Normansah Din yang mengesahkan kejadian itu berkata,
sebelum nahas itu berlaku MPV yang dinaiki mangsa memotong Perodua Myvi.
“Berdasarkan keterangan saksi kejadian iaitu pemandu Perodua Myvi, dia
nampak tayar belakang MPV itu berasap dan pecah ketika MPV tersebut ada
di depannya.
“Berikutan itu MPV itu hilang kawalan dan terbabas, ketika
terbabas MPV itu dipercayai dua kali langgar pengadang besi kiri lebuh
raya sebelum melanggar pula pembahagi tengah lebuh raya dengan tiga
daripada mangsa tercampak keluar ke atas jalan,” katanya.
Katanya, tiga mangsa yang cedera kemudiannya dikejarkan ke Hospital
Kemaman untuk mendapatkan rawatan sementara dua yang maut dihantar ke
Jabatan Forensik hospital sama untuk dibedah siasat.
Dalam pada itu,
suasana di Jabatan Perubatan Forensik bertukar hiba apabila adik Syaiful
Nahar, Fahimi, 28, tiba di hospital lebih kurang jam 5.30 petang.
Fahimi, yang bekerja di Gebeng, Kuantan berkata, dia hanya mengetahui
abangnya yang tinggal di Shah Alam itu mahu bercuti ke Kuala Terengganu
selepas mendapat berita mengenai kemalangan itu.
“Apa yang buatkan saya
sangat sedih sebab Allahyarham tak sempat lihat wajah anak keempatnya
yang bakal lahir September nanti,” katanya. -SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan