![]() |
| Pemandu bas tercampak keluar daripada kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian, tiga mangsa tersepit manakala yang lain cedera ringan. |
IPOH: Seorang maut, tiga parah manakala 31 termasuk seorang bayi lagi cedera ringan selepas bas dinaiki merempuh treler rosak di Kilometer (KM) 285, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, awal pagi tadi.
