ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

Khamis, 9 Jun 2016

Seorang Maut, 3 Parah Nahas Bas Dan Treler

Pemandu bas tercampak keluar daripada kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian, tiga mangsa tersepit manakala yang lain cedera ringan.
IPOH: Seorang maut, tiga parah manakala 31 termasuk seorang bayi lagi cedera ringan selepas bas dinaiki merempuh treler rosak di Kilometer (KM) 285, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, awal pagi tadi. 

Identiti semua mangsa yang terbabit setakat ini, belum diketahui. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, Rozmi Che Hamat, berkata sepasukan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 4.30 pagi. 

Katanya, setiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati pemandu bas tercampak keluar daripada kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian, tiga mangsa tersepit manakala yang lain cedera ringan. 

"Kita dapat mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di atas bas dan dua di bawah tayar. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi. 

Rozmi berkata, operasi menyelamat tamat kira-kira jam 7 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan