ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

Isnin, 9 November 2015

4 Sekeluarga Terbunuh Dalam Kemalangan Di Maran

Kenderaan dipandunya dipercayai terbabas ketika tiba di lokasi kejadian lalu merempuh lori muatan sawit dari arah bertentangan.
MARAN: Empat sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun maut selepas PROTON Saga dinaiki mereka bertembung dengan lori muatan sawit di Kilometer 44 Jalan Maran-Sungai Jerik dekat sini, petang tadi. 


Mangsa yang maut dalam kejadian jam 4.50 petang itu adalah pemandu PROTON Saga, Sukri Sampol, 30, isterinya, Mas Hanum Mustapa, 31, Nor Asiah Abdul Aziz,53 (ibu Mas Hanum) dan Muhammad Aqil Danish,3, (anak Sukri dan Mas Hanum). 

Semuanya disahkan meninggal di tempat kejadian akibat parah. Seorang lagi penumpang PROTON Saga, Nurul Hidayah Mustapa Kamal, 25, parah manakala pemandu lori, Abdul Razak Daud,43, cedera ringan. 

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Md Radzi, berkata ketika kejadian, Sukri sekeluarga dalam perjalanan dari Raub menghala ke Kuantan. Beliau berkata, kenderaan dipandunya dipercayai terbabas ketika tiba di lokasi kejadian lalu merempuh lori muatan sawit dari arah bertentangan. 

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga untuk urusan pengebumian. "Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan