ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

Ahad, 8 November 2015

`Berat Nanang LPT2 Ni Boh...'

Kebanyakan kemalangan disebabkan kecuaian pemandu.
Kuala Berang: Polis mengeluarkan 1,060 saman dalam Operasi Khas Operasi Khas Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), bermula Khamis sehingga kira-kira tengah hari ini.

Saman membabitkan 577 kesalahan memandu melebihi had laju manakala 483 lain-lain kesalahan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau melihat ada keperluan untuk menambah anggota penguat kuasa di lebuh raya berkenaan bagi mengawal kadar kemalangan.

"Kebanyakan kemalangan disebabkan kecuaian pemandu. Ini kerana jumlah kemalangan turun mendadak apabila operasi diadakan.

“Saya akan memaklumkan Kerajaan Pusat supaya dapat menambah anggota penguat kuasa secara tetap di LPT2 kerana keadaan boleh dikatakan terdesak," katanya selepas membuat tinjauan operasi itu, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan