ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

Rabu, 21 Oktober 2015

KERAJAAN TELAH CAMPUR TANGAN HALANG CADANGAN AWAL KADAR KENAIKAN TOL.

Syarikat konsesi berhak menaikkan kadar tol seperti ditetapkan dalam kontrak tetapi tidak menaikkan kadarnya sejak 2008.
Mendedahkan perkara itu hari ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata syarikat konsesi bagi tiga lebuh raya itu mencadangkan untuk menaikkan kadar tol sebanyak RM2 tetapi kerajaan memutuskan pada kadar RM1 sahaja.

Beliau berkata syarikat konsesi berhak menaikkan kadar tol seperti ditetapkan dalam kontrak tetapi tidak menaikkan kadarnya sejak 2008.

"Kami (kerajaan) telah menangguhkannya ... sebenarnya ia sepatutnya dinaikkan pada 2014 tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata tidak boleh dan benarkan kami jalankan kajian mendalam dan mengadakan rundingan lanjutan dengan syarikat konsesi.

"Selepas mengadakan rundingan itu, kami akhirnya perlu menaikkannya walaupun kadar kenaikan itu dikatakan tinggi," katanya ketika diminta mengulas kemarahan orang ramai terhadap kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya di Lembah Klang.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Antarabangsa Ukur Bahan 2015 di sini hari ini, Fadillah berkata kerajaan dijangka membayar RM1.6 bilion sebagai pampasan kepada syarikat konsesi terbabit sekiranya kadar tol tidak dinaikkan menjelang tahun depan.

Berdasarkan perjanjian dengan syarikat-syarikat konsesi, beliau berkata kerajaan pada tahun ini perlu membayar RM580 juta sebagai pampasan.

“Walaupun kenaikan tol dilaksanakan, kerajaan masih membayar pampasan berjumlah RM510 juta dalam tempoh Januari hingga (15) Oktober berikutan penangguhan kenaikan tol yang sepatutnya dilaksanakan pada Januari tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Fadillah berkata pembayaran pampasan yang tinggi kepada syarikat konsesi seharusnya digunakan untuk aktiviti ekonomi dan pembangunan yang akan memanfaatkan semua lapisan masyarakat.

"Kerajaan menggunakan asas pengguna bayar iaitu mereka yang menggunakan lebuh raya akan bayar tol ... kena berlaku adil kepada mereka yang tidak menggunakan lebuh raya seperti mereka di Sabah, Sarawak dan Kelantan. Maka, duit ini harus disalurkan untuk aktiviti ekonomi dan menjana pembangunan," katanya.

Sumber: http://www.astroawani.com/…/campur-tangan-kerajaan-halang-k…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan