ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

Ahad, 11 Oktober 2015

4 Maut Termasuk Pengantin Lelaki

Saksi kejadian memaklumkan, kereta MyVI yang dipandu mangsa terlanggar kereta lain sebelum memasuki jalan bertentangan dan bertembung dengan pacuan 4 roda terbabit.
BESUT - Empat maut termasuk seorang pengantin baru selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di KM 93 Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu  dekat Kampung Renek  di sini kira-kira jam 2.20  petang tadi.

Mereka yang maut ialah pengantin lelaki, ibu mertua dan dua adik iparnya termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun.

Isteri kepada pengantin lelaki cedera parah dan kini dirawat di Hospital Besut.

Difahamkan pasangan yang bernikah pada hari Rabu lalu di rumah pengantin perempuan di Kampung Hujung Semubal, Chetok, Pasir Mas,  Kelantan dalam perjalanan untuk menghadiri  majlis membawa pulang pengantin  perempuan (menyambut menantu) di rumah pengantin  lelaki di Kampung Lubuk Panjang, Chalok,  Setiu yang dijadualkan jam 3 petang tadi.

Kesemua mayat mangsa di bawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat. - SINAR ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan