ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

Rabu, 15 Jun 2016

Treler Rempuh Dua Kenderaan, Tol

Difahamkan tiada Jurutol di pondok tol terlibat.
PETALING JAYA - Dua kenderaan dirempuh sebuah treler yang hilang kawalan sebelum merempuh pondok tol Plaza Tol Subang Jaya susur keluar dari Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), petang tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila pemandu treler berkenaan hilang kawalan selepas mengalami masalah brek sebelum merempuh dua kenderaan iaitu sebuah Proton Saga BLM dan sebuah van ambulans yang sedang beratur di plaza tol itu

Bagaimanapun, ketiga-tiga pemandu kenderaan terlibat itu dilaporkan selamat dan hanya seorang mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 1.30 petang.

Menurutnya, rempuhan itu membabitkan pondok tol di antara lorong kelima dan keenam.

“Siasatan awal mendapati, treler yang sedang menuju ke arah Subang Jaya itu telah hilang kawalan sebelum merempuh dua kenderaan serta pondok tol berkenaan.

“Pemandu treler berkenaan sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, setakat pukul 6 petang tadi, pemandu treler dan kereta yang terlibat masih belum membuat laporan polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan