ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

ETC FOR SMOOTHER JOURNEY

Sabtu, 31 Oktober 2015

LPT2: 102 Saman Tempoh 2 Jam

Operasi yang bermula seawal pukul 9 pagi itu turut disertai tujuh pegawai dan 22 anggota trafik Bukit Aman.
KEMAMAN 31 Okt. – Sebanyak 102 saman dengan kebanyakan melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju dikeluarkan kepada pengguna Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang dua jam operasi dijalankan oleh pasukan polis trafik Bukit Aman di Kilome­ter 255.2 dekat Perasing di sini hari ini.

Jumaat, 30 Oktober 2015

Maut Terbabas Di LPT2

Yusran Mohamad dari Pekan Pasir Akar, Jerteh, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada.
Chukai: Lelaki maut, manakala rakan wanitanya parah apabila motosikal Yamaha 125Z ditunggang mereka terbabas menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke bahagian pembahagi jalan dalam kejadian di KM 271.7 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dekat Cheneh, pagi tadi.

Khamis, 29 Oktober 2015

Hanya 30 Peratus Pemandu Di LPT2 Patuhi Had Laju

Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, hasil kajian bagi tempoh sehari di lebuh raya berkenaan turut mendapati kira-kira 20 peratus pemandu memecut antara 110km/j hingga 130km/j manakala 50 peratus memandu laju dengan purata melebihi 140 km/j.
KEMAMAN – Hanya 30 peratus pemandu yang menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) mematuhi peraturan had laju maksimum iaitu di bawah 110 kilo­meter sejam (km/j) menerusi kajian dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) baru-baru ini.

LPT2 Selamat, 'Tidak Berhantu' - MIROS

Pada 14 Okt lalu, enam sekeluarga maut selepas kenderaan yang mereka naiki terperosok di bawah sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di Km258.8.
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) tidak mempunyai sebarang masalah dan selamat walaupun dianggap 'berhantu' berikutan beberapa siri kemalangan maut yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Selasa, 27 Oktober 2015

Lagi kemalangan ngeri di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)

MPV itu hilang kawalan dan terbabas, ketika terbabas MPV itu dipercayai dua kali langgar pengadang besi kiri lebuh raya sebelum melanggar pula pembahagi tengah lebuh raya dengan tiga daripada mangsa tercampak keluar ke atas jalan.
Lagi kemalangan ngeri di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT II) | Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT II) bagaikan jalan maut bagi pengguna apabila satu demi satu kemalangan yang meragut nyawa berlaku. 

Isnin, 26 Oktober 2015

Pemandu Gagal Patuhi SOP Punca Kemalangan

Datuk Ismail Md. Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
KUALA LUMPUR - Tahap kesedaran pemandu dan pengguna lebuh raya terhadap penggunaan lorong kecemasan lebuh raya di negara ini masih rendah, kata Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md. Salleh.

Sabtu, 24 Oktober 2015

'Bottom Line' Kadar Tol, Bermula Selepas PLUS Siap.

Bermula zaman inilah banyak Lebuhraya dibina dgn kerjasama Swasta dan Pelabur luar.
Lebuhraya Utara-Selatan telah dirancang oleh kerajaan dalam tahun 1977. Lembaga Lebuhraya Malaysia kemudian mula membinanya pada tahun 1980, sebelum Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri pada bulan Julai 1981.

Khamis, 22 Oktober 2015

Faktor Manusia Penyumbang Utama Kemalangan Di LPT2

Daripada 339 kes kemalangan di LPT2 antara 1 Feb hingga 2 Jun lepas, sebanyak 70 peratus atau 238 kemalangan berpunca daripada faktor manusia.
KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini menegaskan bahawa faktor manusia adalah punca utama menyumbang kepada kemalangan di jajaran Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2). 

Tun M Left Us A Problem (Legacy) That We Need To Solve.

For example, the concession agreement given to PLUS, which was privatized to crony Halim, allowed for a 10% increase every 3 years - meaning that tolls will increase 46% in about 10 years - or get compensated by govt for it.
Yes, the govt made a mistake during Tun M's period of awarding Toll concessions with automatic toll increases every few years - even as traffic increases. 

LALUAN BEBAS TOL LEBUHRAYA CHERAS - KAJANG E7

Laluan Bebas Tol di Lebuhraya Cheras - Kajang (E7)

Selangor Tidak Akan Turunkan Kadar Tol

PKNS hanya mempunyai 30 peratus pegangan saham dalam Kesas, manakala KPS mempunyai pegangan 20 peratus saham dalam konsesi SPRINT.
Kerajaan PKR Selangor tidak akan menyerap atau menurunkan kadar tol di Le­buh Raya Shah Alam (Kesas) dan SPRINT meskipun mereka membantah kenaikan tol di 18 lebuh raya utama di Lembah Klang berkuat kuasa hari ini.

Rabu, 21 Oktober 2015

KERAJAAN TELAH CAMPUR TANGAN HALANG CADANGAN AWAL KADAR KENAIKAN TOL.

Syarikat konsesi berhak menaikkan kadar tol seperti ditetapkan dalam kontrak tetapi tidak menaikkan kadarnya sejak 2008.
Mendedahkan perkara itu hari ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata syarikat konsesi bagi tiga lebuh raya itu mencadangkan untuk menaikkan kadar tol sebanyak RM2 tetapi kerajaan memutuskan pada kadar RM1 sahaja.

LEBUHRAYA TOL ATAU BEBAS TOL?

Tanpa DUKE atau gunakan DUKE
Realiti yang tidak mampu kita nafi. 

LPT2 : Kecuaian Pemandu Penyumbang 70 Peratus Kemalangan

Kecuaian pemandu antara punca kemalangan maut sering berlaku di Lebuhraya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2). 

Lebuhraya Tol Alternatif Untuk Jimat dan Cepat

Dengan menonton video ini, kita mungkin dapat memahami kenapa
Lebuhraya bertol diwujudkan. Ianya hasil kerjasama dan hak diberikan kepada Pemegang Konsesi.Lebuhraya bertindak sebagai laluan alternatif kepada kita yang mahu cepat dan jimat masa.

Badan Bebas Nilai Keadaan LPT2 - Menteri Kerja Raya

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan JKR juga diarahkan supaya menempatkan lebih banyak papan tanda amaran di lokasi berisiko berlaku kemalangan.
PUTRAJAYA 20 Okt. - Satu badan penilai bebas sudah dilantik untuk membuat penilaian keadaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang laporan awalnya dijangka siap minggu depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kenaikan Tol Tidak Membebankan Rakyat

Datuk Ir. Zainuddin Kadir, Presiden Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM)
PETALING JAYA: Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) menjelaskan kenaikan tol yang diumumkan minggu lalu tidak membebankan rakyat.

Ahad, 18 Oktober 2015

LPT2 Ragut Dua Lagi Nyawa

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Proton Wira yang dinaiki mangsa sekeluarga terbabas melanggar pembahagi jalan susur keluar Plaza Tol Cheneh.
KEMAMAN – Saat kes enam beranak maut yang berlaku empat hari lalu di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) masih jadi bualan dan kesedihan belum pun reda, satu lagi nahas tragis menimpa empat sekeluarga menyebabkan peneroka dan anak sulungnya maut sementara isteri dan anak bongsunya cedera.

Anggota TUDM Maut Rempuh Belakang Lori

Mangsa yang menunggang motosikal sedang dalam perjalanan pulang dari kem TUDM Kepala Batas.
ALOR SETAR - Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas terlanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di KM66.3 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Pendang malam tadi.

Sabtu, 17 Oktober 2015

Tol Dibangunkan Dengan Kerjasama Sykt Swasta Dan Pelabur Luar

Tol dibangunkan dengan kerjasama Sykt Swasta dan pelabur luar yang memberi pinjaman,
Tahukah anda yang membolehkan syarikat-syarikat Tol untuk menaikkan harga tol mereka sebenarnya menjadiak keuntungan mereka berkurang?

Jumaat, 16 Oktober 2015

Terengganu Bincang Keselamatan LPT2


KEMAMAN - Kerajaan negeri Terengganu akan memanggil beberapa pihak termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membincangkan isu keselamatan pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dalam masa terdekat. 

KERJA PENURAPAN DI LEBUHRAYA E22 SENAI-DESARU

KM 27.8 arah Timur
Kerja-kerja pembaikan permukaan jalan di Lebuhraya E22 sedang dijalankan.
Penutupan lorong akan dilakukan di beberapa bahagian bagi kerja-kerja pembaikan jalan tersebut. Sebarang kesulitan adalah dikesali.

Ahad, 11 Oktober 2015

Hasrat kumpul di kenduri kahwin tak tercapai

Keadaan kereta mangsa.
KUALA LUMPUR - "Saya terkilan hasrat kami adik-beradik untuk berkumpul pada majlis perkahwinan seorang saudara di Shah Alam hari ini tidak kesampaian."

4 Maut Termasuk Pengantin Lelaki

Saksi kejadian memaklumkan, kereta MyVI yang dipandu mangsa terlanggar kereta lain sebelum memasuki jalan bertentangan dan bertembung dengan pacuan 4 roda terbabit.
BESUT - Empat maut termasuk seorang pengantin baru selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di KM 93 Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu  dekat Kampung Renek  di sini kira-kira jam 2.20  petang tadi.